Kini, pengguna Twitter boleh menghantar 'tweets' mereka menggunakan SMS, di mana mereka boleh mengemaskini 'tweets' mereka dengan lebih kerap dan mudah tanpa semestinya melalui internet. Ini dapat dilakukan dengan mengunakan aplikasi web Ping.fm (http://ping.fm/). Ia adalah satu lagi aplikasi web percuma yang membolehkan kerja mengemaskini web sosial seperti Facebook, Friendster, Myspace dan lain-lain lebih mudah dan cepat di satu tempat. Ping.fm juga menyediakan aplikasi kemaskini status di laman sosial melalui SMS.
Untuk mula menggunakan aplikasi SMS ke Twitter, buka akaun Ping.fm yang baru jika tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Selepas berjaya mendaftar, daftar masuk ke dalam akaun Ping.fm untuk mula menggunakannya. Seterusnya;
1. Selepas daftar masuk, pengguna akan berada di dalam laman 'dashboard'. Perhatikan di dalam pilihan 'service/tools', dan klik 'SMS / Text Messaging'.
2. Selepas berada di laman seterusnya, klik 'Not in the US or Canada? Click Here!'
3. Seterusnya, klik link yang disediakan untuk mendapatkan nombor pengesahan yang membolehkan nombor telefon yang ingin didaftarkan boleh digunakan untuk penggunaan antarabangsa.
4. Di laman berikutnya, nombor pengesahan 4 digit akan diberikan dan pengguna diminta untuk menghantar nombor tertulis itu menggunakan sms melalui telefon yang ingin digunakan ke nombor yang turut ditulis selepas nombor pengesahan di dalam laman yang sama.
5. Selepas sms tersebut sampai ke pelayan servis Ping.fm, nombor telefon pengguna berkenaan akan disahkan dan nombor antarabangsa yang perlu digunakan untuk menghantar 'tweets' juga akan diberikan di dalam laman web itu. Kini, telefon anda boleh digunakan untuk memulakan sosial di dalam internet.
P/s: skrg sy pkai DiGi, dan setiap kali sms untuk guna aplikasi ni, DiGi caj 20 sen untuk setiap sms. :P
No comments:
Post a Comment